Wednesday, 26 February 2014

KEM MOTIVASI TAHUN 6

Sesi bergambar murid Tahun 6 bersama ibu bapa dan guru Tahun 6
26 Februari 2014 (Rabu), Satu program Kem Motivasi SKKI selamat dijalankan khusus untuk murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Semua ibu bapa murid Tahun 6 hadir bersama anak mereka. Program ini dirasmikan oleh Guru Besar SKKI sendiri. Tema kem kali ini "Murid Bermotivasi Prestasi Bestari". Objektifnya adalah untuk memantapkan kerjasama ikatan antara ibu bapa dan sekolah dalam memastikan anak mereka berjaya dalam pembelajaran. Ibu bapa boleh mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan anak mereka melalui berbicara secara langsung dengan guru mata pelajaran yang mengajar Tahun 6. Ini secara tidak langsung memastikan ibu bapa dapat memberi tumpuan tambahan kepada anak mereka di rumah.

Saturday, 11 January 2014

KEMBALI KE SEKOLAH

Pada hati Selasa bersamaan 07 Januari 2014 Sekolah Kebangsaan Kampung Iran menerima kehadiran murid untuk sesi persekolahan 2014. Murid terlewat melapor diri ke sekolah akibat banjir yang melanda kawasan sekolah dan kampung.

Semangat baru seiring dengan tahun baru. Murid berpakaian serba baru walaupun berada di pedalaman. Kelincahan murid tetap sama seperti dulu, ceria dan gembira. Asrama sekolah masih belum dibuka untuk murid kerana keadaan masih tidak selamat. Murid perlu berulang alik dari rumah ke sekolah meskipun berjauhan sehingga berpuluh kilometer. Semoga ketabahan dan kecekalan menjadi pendoronf semangat untuk murid cemerlang dalam pelajaran untuk membantu mengubah gaya hidup yang lebih sempurna.

Murid darjah 4 yang sibuk menulis nama di buku teks KSSR baru 2014.

Stok buku teks KSSR baru yang siap dicop dan direkodkan.

Keadaan jalan raya di simpang masuk ke sekolah dari jalan besar.

Jalan pecah dan tanah merah. Laluan lori mengankut sawit.

Ustaz Firdaus sibuk merekodkan buku teks yang baru sampai.

*bakal menerima kehadiran anggota baru. Guru Besar, Guru Penoong Kanan 1, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.


Friday, 3 January 2014

Kalendar Jendela 2014

Takwin 2014 untuk persekolahan sesi 2014. Semoga program dapat direncana dengan sebaik mungkin oleh guru dan pelajar. 

Warna-warni tahun 2014
Hari persekolahan dan cuti untuk penggal 1 dan 2 tahun 2014

Jadual cuti dan hari ganti untuk Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2014

Jadual cuti dan hari ganti untuk Cuti Perayaan Hari Raya Puasa 2014

Jadual pembayaran gaji bulanan tahun 2014 untuk guru dan kakitangan sekolah

*semua maklumat tertakluk kepada perubahan.

Selamat Datang Warga SKKI Sesi Persekolahan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesi persekolah 2014 bermula pada 02 Januari 2014 bersamaan 29 Safar 1435H. Namun begitu hanya guru dan kakitangan sekolah sahaja yang melapor diri di sekolah manakala murid-murid masih belum dapat melaporkan diri masing-masing ke sekolah kerana masih terperangkap dalam banjir. Sekolah ini juga dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk kampung ini.

Keadaan semasa persekitaran sekolah.

Keadaan 


Keadaan halaman lapang di depan pejabat sekolah


Tuesday, 29 October 2013

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG IRAN

           Sekolah Kebangsaan Kampung Iran ditubuhkan pada Januari 1957. Pada masa tersebut, sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan rumah yang dibeli daripada penduduk kampung untuk dijadikan sebagai sebuah sekolah. Menurut sumber, nilai yang dibayar kepada Encik Taib Bin Mareng pada masa tersebut dengan jumlah RM143.10 untuk bangunan sahaja. Ini berdasarkan sumber surat perakuan beli rumah yang telah diperolehi daripada Ketua Kaum Bustani Bin Salleh. Menurut sumber lagi, pada asalnya sekolah ini hanya menggunakan bangunan rumah yang telah dibeli dengan hasil kutipan wang penduduk kampung. 

Padang permainan dan kuarters guru - Sumber Arkib SKKI
Murid bergambar di hadapan bangunan lama - Sumber Arkib SKKI
Tangki air RO untuk kemudahan air minuman bersih 
untuk murid dan warga sekolah - Sumber Arkib SKKI
              Bangunan sekolah lama ini terletak di belakang surau Kampung Iran pada masa tersebut. Jumlah murid yang mendaftar di sekolah pada masa itu ialah 40 orang yang terdiri pelbagai peringkat umur. Guru pertama yang bertugas di sekolah ialah Cikgu Mustafa Bin Bohari. Sehingga tahun 1959, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru dan dikenali sebagai Iran School. Namun demikian, kelas yang diperuntukkan untuk sekolah ini pada masa tersebut hanya dari Tahun Satu hingga Tahun Empat sahaja. Bagi yang masih berminat untuk menyambung persekolahan ke Tahun Lima dan Tahun Enam, mereka terpaksa mendaftar di Bekenu yang terletak sejauh 47km .

Murid yang tinggal di asrama mandi di tepi sungai.- Sumber Arkib SKKI
Murid beratur menuju ke tepi sungai untuk mandi dan mencuci pakaian. -Sumber Arkib SKKI
             Bermula pada 1959 - 1960 bangunan sekolah ini dipindahkan ke tapak baru. Bangunan ini hanya mempunyai tiga bilik kelas, satu bilik guru dan satu bilik guru besar. Pada masa tersebut, bilangan murid semakin bertambah dan kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak di Kampung Iran dan sekitar Suai. Berbeza dari tahun sebelumnya, bagi murid-murid yang ingin menyambung persekolahan sehingga Tahun Lima dan Tahun Enam pada kali ini, mereka boleh memasuki sekolah di Niah yang letaknya hanya 10km dari Kampung Iran. Bahasa penghantar yang digunakan di sekolah ini ialah Bahasa Inggeris dan kebanyakkan sukatan pelajarannya dalam Bahasa Inggeris.

              Akhirnya pada tahun 2011, sekolah ini sekali lagi dipindahkan tapaknya ke tapak baru dengan binaan bangunan bahan konkrit. Malah kemudahannya lebih baik berbanding bangunan yang sebelumnya dan lebih kondusif. Persekitarannya lebih baik dan amat selesa untuk murid-murid dan semua guru menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun kokurikulum. Perubahan ini secara tidak lansung memberi motivasi kepada penerajunya pada masa sekarang iaitu Encik Zaidil Bin Ismail, semua guru, dan semua murid demi menjadikan sekolah ini setanding dengan sekolah-sekolah lain di bandar ini.